Tarikh Kemasukan Pelajar Baru 2016

May
4
Tarikh Tutup Pendaftaran "Walk-in" Pelajar Baru UiTM Semua program UiTM
May
4
Tarikh Tutup Pendaftaran "Walk-in" Pelajar Baru UPM Semua program UPM
May
9
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Program UCSA Hanya program UCSA berikut:
  • diploma in medical assistant
  • diploma in medical laboratory technology
  • diploma in pharmacy
  • diploma in science coaching
  • diploma in architecture
  • diploma in early childhood education
  • diploma in fashion creative design
  • diploma in mass communication
  • foundation in business
  • diploma in tourism management
  • diploma in secretarial management
  • diploma in accountancy
  • diploma in business studies
  • foundation in science
  • diploma in nursing
May
16
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Program UiTM Semua program UiTM
May
16
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Program UPM Semua program UPM
Jun
13
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Program UCSA Hanya program UCSA berikut:
  • bachelor of psychology
  • bachelor of business (accounting)
  • bachelor of business administration (human resource management)
  • Tarikh pendaftaran terakhir bagi program tersebut.
  • Pendaftaran akan diadakan di Kampus Utama bermula jam 8.30 pagi - 4.30 petang.

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

  • Maklumat Program

  • JPT/BPP(U)(PA1125)11/2016 AKREDITASI MQA

  • Sepenuh Masa

  • 3 1/2 tahun

Pengenalan Program

Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) direka bagi menghasilkan sumber manusia profesional yang boleh membantu organisasi mentrasformasi modal insan dalam merealisasikan polisi-polisi dan strategi-strategi organisasi.

Ia juga bertujuan untuk melahirkan sumber manusia profesional yang inovatif dan dapat menyesuaiakn diri dalam memaksimumkan potensi manusia dalam sesebuah organisasi secara efektif.

Selaras dengan misi untuk mencapai objektif-objektif di atas, pelajar didedahkan kepada pelbagai dispilin termasuk aspek kognitif dan penggunaan teknologi bagi membantu mempertingkatkan potensi manusia di dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan kepada persekitaran sebenar pekerjaan melalui latihan industri dan juga lawatan sambil belajar.

Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Diploma

  • Diploma dalam bidang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level / Kelayakan setara

  • Lulus STPM / A-Level atau setara dengan DUA (2) lulus penuh atau CGPA 2.00 dengan minimum Gred C
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Matrikulasi / Foundation / Kelayakan setara

  • Lulus Matrikulasi / Foundation atau setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • + Kelayakan Tambahan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV) dengan:
    • Kredit Bahasa Melayu
  • Wajib memiliki Malaysian University English Test (MUET) sebelum dapat memohon pinjaman PTPTN.

Laluan Kerjaya

Graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) akan mempunyai pelbagai peluang kerjaya yang meluas. Pada dekad yang lepas, fungsi sumber manusia telah melangkah setapak lagi melangkaui pengurusan peribadi dan pembangunan untuk menjadi perancang strategi di dalam organisasi, meningkatkan keperluan untuk menjadi pekerja yang profesional dengan kepakaran dalam kemahiran sumber manusia.

Jawatan di peringkat pengambilan pekerja, pampasan, faedah, hubungan buruh dan bidang yang berkaitan dengan hubungan manusia yang lain yang boleh didapati dengan meluas di dalam industri, perniagaan , sektor awam dan swasta, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan yang bukan mensasarkan keuntungan dan organisasi. Jawatan pengurusan peringkat pertengahan juga disediakan bagi graduan yang telah mempunyai pengalaman bekerja.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di mana-mana kolej dan universiti yang berpotensi.